Tuesday, December 22, 2009

Latih Tubi Penulisan: Geekonomics.

3 comments
Weekend baru ni, saya telah mendapat kesempatan untuk menghadiri Comic Fiesta. (dpt tix free sbb ade booth yg show off a video game I made. buat muka kesian :D)



Super Supian



Memang banyak benda best ada. Cosplayers, live drawing demonstration, doujins, industry seminar, costumed performance, macam-macam ah.

The whole experience kalau nak describe in one word: "Freakyintensegilaweiapehal".

Amek ko. Kena cipta perkataan baru terus. Agak surreal la, honestly. Ada certain babak2 yg hampir mustahil dilihat di luar comic fiesta. Di sini saya sertakan beberapa contoh:

  1. Waktu sedang tekun mendengar talk daripada seorang ahli panel, toleh ke kiri dan ternampak storm trooper mundar mandir carik seat. Beliau juga berminat untuk mendengar tips dari veteran industri media mungkin.
  2. Setelah penat berjalan, terasa ingin bersandar ke dinding. Dinding bergerak. Oh! Kotak susu gergasi rupanya.





  3. Muz: Wah~ cantikla! Ambik gambar boleh?

    French Maid: Boleh apa salahnya..

    *tangkap gambar*

    Muz: Kamu masuk cosplay competition ke nanti?

    French Maid: Cosplay? Cosplay tu apa? Saya memang selalu pakai macam ni.

    Muz: O_O *berundur perlahan*






Banyak lagi sebenarnya aksi2 menarik dan agak gila time kat comic fiesta tu. Belum cerita pasal performance lagi. Ada jugak pasal aksi2 cosplayers ni sebelum dan selepas comic fiesta, sewaktu derang berlegar2 di area lain sunway pyramid. hehe

Dari pemerhatian saya yang tak seberapa ni.. nampaknya macam cosplayers la yang paling dedicated ke"geek"iannya. Kostum yang diorang buat (jahit ke cat ke welding ke) semua derang buat sendiri. Rambut (palsu mahupun asli) didandan biar betul2 serupa dengan watak tu (berkaler dgn warna yang tak wujud dalam alam semulajadi dan kalau dah cacak tu habis tajam ah. boleh buat parut kelapa). Sampaikan ke mimik muka, suara dan postur pun kadang2 diorang ikut skali.

Memang hardcore.

Kehardcorean mereka2 ni kadang2 boleh menimbulkan rasa tak selesa terhadap sesetengah org.

"Ape masalah derang ni? Ade ke bazir duit beratus2 semata2 nak pakai baju macam kartun?"

"Korg ni macam budak2 la. Baca manga, tengok anime, tak cukup? Pakai baju pun nak macam derang jugak? Merepek la.."


etc.

Okay. Bagi derang ni, dressup2 as favourite character derang adalah hobi. Hobi apa pun mestilah makan duit dan masa. Takde ape salah pun kalau derang terasa nak pakai baju oren dengan pedang plastik tumpul yg diikat kat beg nike derang. They look ridiculous, true. Tapi derang takde nyusahkan org lain pun. And they're having fun apa. So why not, kan?

Kadang2 perhatikan derang ni syok gila borak pasal anime, main lawan2 pedang, gelak2 hepi2.. terasa cam cemburu pun ada.

Segeeky2 derang ni pun, ade je beratus org lain yg minat sama cam derang, hafal lagu anime cam derang, bercosplay cam derang (serius. tak silap aku aritu ade 3 ke 4 org Squall)

Ini membuktikan bahawa segila2 korg rasa diri korg ni..janganla berasa keseorangan. Mesti ada punya org yg segila korg. Cume korg kena cari je. Mhaha

3 comments:

  1. cacat!
    benci gile kau bole pergi.
    jeles jeles jeles

    lain kali nak pergi ajak aku!
    wajib.haha <(")

    ReplyDelete
  2. macamla kalau ko pegi pape event best, ko nak ajak aku.. gelato pun makan solo. pfsh

    ReplyDelete