Sunday, March 14, 2010

“Hari Putih”

Leave a Comment
Helmi baru sahaja berjalan masuk ke pintu automatik KLIA. Dia menoleh ke jam tangannya. Pukul 3:30 pagi. Angin di luar yg sejuk tadi terasa lebih panas nak dibandingkan dengan hawa dingin dalam KLIA ni, fikir Helmi.

Dalam lapangan terbang ni selalu terasa macam bukan Malaysia. Cantik sangat. Bukan nak kata interior bangunan-bangunan di Malaysia ni buruk-buruk belaka, cuma selalunya tak secomplex ni. Helmi mendongak ke siling. Bentuk alunan permukaannya dan cara sudut-sudut bertemu di tiang mengingatkan dia akan bumbung kanopi kenduri Pak Cik Qasim tempoh hari. Bunyi tapak-tapak kasut yang berdetak atas lantai mengalih pemandangan Helmi ke bawah. Lantai dia pun cantik. Berkilat. Macam pusat beli belah pun ada.

“Memang pusat beli belah pun,” kata Helmi sambil mengimbas pandang sederet kedai yang menjual segala macam ole-ole last minute. Dia ternampak kedai coklat. “Alamak. Ade kedai coklat,” bisik Helmi sambil bergegas ke arah kedai tu, meraba-raba poket seluarnya, “Bawak duit ke tak ek?”


Di satu sudut KLIA pula, Julia sedang duduk di meja McDonald's sendirian. Dia sedang membelek-belek telefon bimbitnya. Sekali-sekala dia menoleh ke jam tangannya.

“Mana ada orang makan malam pukul 3:45 pagi,” fikir Julia. Dia menjenguk kiri-kanan. Ada dua orang lain yang sedang makan. “Hm. Sahur kot,” keluh Julia. “Aku ni pun satu. Tiket time-time macam ni jugak yang nak diambilnya. Pastu mintak dia datang pulak. Mengadanya kau ni Juuu..,” sambungnya sambil tertunduk.

“Oi, tido ka?” bunyi suara Helmi yang dah terduduk bertentangan dengan Julia.

Julia mengangkat kepalanya perlahan. “Yelaa.. dah pagi-pagi buta ni haa..” katanya, tersenyum.

Sorry lambat. fifteen minutes je pun,” Helmi menayangkan beg plastik ke arah Julia, “Coklat.” sambungnya, tersengih.

You memang. Coklat tak habis-habis,” Julia meneliti bungkusan coklat tu. “Eh, ‘Mickey Mouse’! I beli jugak, tapi yang 'Minnie Mouse' punya.”

“Haaa~ comel, kan? Memang kalau coklat kena beli la. Nak-nak time tengah discount macam sekarang ni. Ingatkan nak beli ‘Mickey’ dengan ‘Minnie’ sekali, tapi tak cukup duit. Hehe.”

“Kenapa ada discount ek? Ada apa event ke hari ni?”

“Entahla,” jawab Helmi sambil meletakkan bungkusan coklatnya di bawah meja. “Nak habiskan lebihan coklat yang tak dijual waktu Valentine's hari tu kot.”

“Oh. Ha'ah ek. Patutla ramai orang belikan coklat.”

“Untuk kau?”

Julia tersenyum, mengangguk.

Going away present pun bagi coklat je. Dapat, makan, habis,” kata Helmi, mencebik.

At least sedap. You punya hadiah ape je. Kad.” kata Julia, mencebik mengajuk Helmi.

Helmi tersengih. “Handmade, ok? Siap pop-up lagi,” Helmi menoleh kiri-kanan. “Kau cakap orang belikan kau coklat.. Derang dah balik? Lambat sangat ke aku datang ni?”

“Derang yang datang awal. Nik, Adam, Lisa semua-semua dah balik dah pun.” jawab Julia lalu menyedut sedikit Coke daripada cawannya.

“Iya? Alaa. Lama sangat tak jumpa derang la,” keluh Helmi.

“Hm.” balas Julia ringkas, sambil menggigit straw.

Last time semua orang kumpul sekali time kiterang prank Zul. Ingat lagi tak?”

“Ingat!”

“Kiterang tukarkan wallet dalam poket dia dengan wallet orang yang kena curi tu. Haha. Best gila.”

“Eh, ape kiterang pulak. I eh yang buat. You all mana reti nak seluk-seluk poket orang ni..”

“Hahaha.. ha'ah. Betul, betul. Bab tukarkan barang orang memang kena panggil kau je, Ju. Orang lain memang tak setanding. Haha”

“Tapi kalau you takde untuk menyamar as pickpocket tu memang takkan jadi punya la.”

“Ahaaa.. ohh.. erm.. We made such a good team.”

Yes, we did.

“Memang kau mempunyai jari dan tangan yang sangat cekap. Sampai sekarang pun. Job offer overseas untuk jadi pakar neurosurgery. Kan?”

Yup,” balas Julia sambil matanya memandang tepat ke Helmi.

Helmi membalas renungannya. “Dah lama sangat tak berbual macam ni, kan?”

Julia mengangguk perlahan.

“Hmm.”

“Ingat tak waktu sekolah rendah dulu? You ajak I main badminton, tapi I takde raket.”

“..pastu aku pegi rumah Kugan mintak pinjam raket dia..”

“..then I tercampak raket tu sampai dalam semak..”

“..kita tak berani nak ambik sebab Pak Cik Qasim kata situ ada ular..”

“..Kugan kejar I sebab dia nak balik raket dia..”

“..pastu aku cakap aku sebenarnya yang baling raket tu kat semak..”

“..and then he said

Lu kasi ular makan saya punya raket, saya makan awak punya raket!” jerit Helmi dan Julia, serentak.

Mereka berdua ketawa terbahak-bahak. Juruwang McDonalds dan pelanggan lain menoleh ke arah Julia dan Helmi. Helmi pura-pura batuk.

“Erm. Okla, Ju. Rasanya dah nak kena balik ni. Rin dari tadi tunggu dalam kereta. All the best, k?

Thanks, Mi.” balas Julia. Helmi berdiri. Julia menghulurkan bungkusan coklat yang dibeli Helmi tadi. “Jangan lupa your chocolate.”

“Oh, thanks. Hampir terlupa.”

I'll miss you.”

I'll miss you, too.” balas Helmi sebelum berjalan pulang.


*    *    *

Rin sedang menunggu Helmi dari dalam kereta. Helmi membuka pintu dan duduk di tempat duduk lalu memulas kunci kereta untuk menghidupkan enjin. “Nah,” katanya kepada Rin sambil menghulurkan bungkusan ke pangkunya, “Coklat.”

“Oh! you bagi sebab March 14th, eh?”

“Ha? I bagi suka-suka je. Kenapa March 14th?”

“Eh, tak tahu ke? White Day la. Guys give girls chocolate one month after February 14th pulak sebab on Valentine's Day, girls yang bagi guys chocolates.”

I tak pernah dengar pun.”

Rin ketawa kecil, “It's a Japanese thing.

“Heh. Tak habis-habis.”

“Waaaaa~ ‘Mickey Mouse!’”

“Comel, kan?”

“‘Minnie Mouse’ pun adaaa~ Aww, how sweeet!”

0 comments were made:

Post a Comment